Si ayu bertudung hitam
merenung ku dikedai kopi
renunganmu buatkan ku pitam
terbawa hingga dalam mimpi
Tenang wajahmu dibalik cermin
buatkan aku terus bertanya
adakah kau akan memimpin
ketika aku tanpa cahayanya
Dari dubai pergi melaka
Mencari aku gadis nan ayu
hadirnya indah bukan malapetaka
buatkan hatiku teramat sayu
Padamu terus ku utus salam
sambutnya terasa tanpa sahutan
wahai sayangku jangan memendam
kerana dirimu sentiasa diingatan
Secawan kopi seurat senyuman
jam tangan buat ingatan
memori kita zaman berzaman
pengerat kasih sebagai ikatan
Ahmad Thani & Nor Rabiatul



