Sunday, 20 April 2008

Dendamnya Amarah



Kerana angkuh aku merana

dihina dikeji menjadi punca

sejauh mana aku berkelana

amarahnya nafsu aku menderita


Telan sudah kenyang tidak

terus terdampar di tengah lautan

ludah sudah jilat tidak

mengapa amarah ku seakan syaitan


Belenggu terus dihimpit mimpi

hancurnya hati derai beribu

harap ini hanyalah mimpi

selamatkan diriku wahai ibu


Dimanakah iman aku letakkan

lari terus sepanjang zaman

tajamnya lidah menjadi ledakkan

hilang iman amarah peneman


Luka terus tiada kesudahan

Dendam amarah itu pilihan

Sakitnya hati tiada kesudahan

Dendam amarah menjadi pilihan


Penulis Senja

AHMAD THANI

No comments: