Friday, 19 September 2008

THANI MARDIANA

Thani & Mardiana




Malam dingin jadi dugaan

Mencari nafkah sebagai bekalan

Ingatlah semua jadikan renungan

Sebagai bekalan buat ke depan



harapan ini tiada ke sudahan

Bahagia datang bukan sendiri

Pelbagai dugaan harus ditelan

Kuatlah ibu teruslah berdiri



Tiada beza dulu dan kini

Inilah hakikat buat cerita

Aku anak sentiasa di sini

Mendengar luahan ibu tercinta



Buat Ibu yang kini di perantuan, kami sentiasa doakan yang terbaik buat Ibu.. Kami juga rindukan Ibu seperti mana ibu rindukan SEMUA….


Thursday, 18 September 2008

Pencinta Kamu Penulis Aku





SENJA MENTARI TERBENAMNYA HARI

SENJA DATANG BERALH WAKTU

SENJA HADIR MENGENGAM DURI

PENCINTA SENJA KAULAH RATU


SENJANYA AKU MENANTI WAKTU

SENJA DI SINI BUKANLAH SEMALAM

SENJA ITU TERUS BERSATU

SENJA MENCARI PELBAGAI ILHAM


PENCINTA ITU ADALAH KAMU

PENULIS ITU ADALAH AKU

PENCINTA PENULIS PASTI BERTEMU

CINTANYA PENCINTA ADALAH HATI KU




Sayang, terima kasih kerna terus berdiri di sini buat kita. Walau pun sudah sepuluh bulan berlalu dan kita baru hanya bertemu sebanyak dua kali dan tidak lebih dari 3 jam namun tiada keraguan dari Thani tentang Sayang. Bertemunya kita kerana Yang Maha Esa,pada Dia kita meminta.